Thursday, June 16, 2011

Pertandingan Mengendong Isteri ( TAKDE KAT MALAYSIA!!)







Haaa, entry terbaru untuk hari ini..
mesti korang tertanya-tanya apakah pertandingan yang dimaksudkan tu kan??

JENG JENG JENG!!





Yaaa!! pertandingan mengendong isteri.. isteri2 pasti teruja bila join pertandingan ni, sebab mase ni la diorang boleh tau suami2 diorang ni setia ke tak?? (eh, ade kene mengena ke??).. okey, pertandingan yang berasal dari FINLAND! 


memerlukan dua orang peserta untuk setiap kumpulan. 
dimana seorang SUAMI dan seorang ISTERI. 




okey, syarat2 untuk seorang ISTERI tu mestilah isteri SENDIRI, atau isteri JIRAN, atau isteri yang ada darah daging dengan diorang. macam isteri kepada adik camtu la...
(kalau ade isteri jiran yang cun memang aku ajak laa...)



Dan yang paling best syarat2 tambahan die adelah berat isteri mesti TIDAK KURANG DARI 50KG dan berumur 17 tahun keatas!!
perghhhhh!!! takley nak mengelat la macam ni.. engat kalau dapat bini yang slim2 boleh la bawak masuk ye tak.. tu takpe lagi. dapat yg badan macam BULLDOZER tu tak ke masak?? HAHAHA!!



Nice..sini ade sikit gambar dari crew kami yang pergi Finland untuk buat liputan khas pasal aktiviti ni..mesti kagum kan?




wajah2 suami mithali



hobin jang hobin!!

bang cepat bang, kite lead nih!!!


ai bang, sampai terbalik nombor.? haha




perghh.. bacin!!


ini memang champion!



Crew kami bukan ambik gambar je, siap rakam video lagi..








p/s: game2 macam ni yang buat suami dan isteri semakin intim, dan kadar penceraian sangat rendah di FINLAND!





"tapi janganlah buat kat Malaysia..tak elok dipandang..kita kan orang Islam :)"





Official : senarai kutipan semua filem sepanjang 2010

Okeh!

Pasti ramai yang terwaiting-waiting, nak tahu pasal #operasi malaysia semalam..kompem ramai jugak yang berjaga malam tadi tapi tak dapat tengok apa-apa pun..jangan risau..lepas kami dapat berita sahih mengenai apa yang terjadi dengan #operasi malaysia, kami akan buat laporan kat sini..tapi daripada korang berjaga nak tahu pasal #operasi malaysia semalam, baik jugak kalau korang solat sunat gerhana..kan?

Sementara nak korek maklumat pasal #operasi malaysia ni, better korang layan ni dulu..bukan senang nak tengok ni..sulit ni! (jangan percaya pulak)..

"Senarai kutipan filem sepanjang tahun 2010"


KLIK UNTUK BESARKAN

Ini bukti sahih punya..talak tipu-tipu punya..ini diambil dari laman web finas sendiri..tak caya, boleh pergi tanye Pak Rais..

Mengikut dari senarai kutipan dari Finas ni, filem champion yang mendapat kutipan paling tinggi ialah,

NGANGKUNG : 8.18 JUTA

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH : 7.90 JUTA

ADNAN SEMPIT : 7.66 JUTA


Dan filem paling tak laku bagi tahun 2010 telah dimenangi oleh.....

CRAYON : 0.053 JUTA

Ada ke cerita Crayon ni? tak pernah dengar pun..tak kesah la..kompem jugak korang nak tahu pasal kutipan Kongsi dengan KL Gangster..yang kompem, Kongsi sekarang dah 8 juta, KL Gangster dalam 7 juta dan masih lagi ditayangkan..



"haa..blog kami dah ada kat Facebook! like dan support kami..boleh pergi ke sini.."



Wednesday, June 15, 2011

Terbaru! Pirate Bay khas versi Malaysia! Malaysia Bay!

Nice! kami bawak berita baik untuk kita semua! meh sini semua orang kampung!


style!


Seperti yang korang semua maklum, laman pirate bay telah pon diblock oleh kerajaan malaysia yakni SKMM bersama dengan 10 lagi laman-laman web filesharing yang lain...perkara ini telah memberi impak amat besar kepada kaki-kaki download negara...perkara ni mendapat perhatian dari seluruh pelusuk dunia...wakil pirate bay sendiri juga membidas tindakan SKMM...

Susulan kepada hal ini, ramai kaki kaki torent negara kita menyuarakan rasa tidak puas hati dan frust yang teramat sangat..akan tetapi, hari ini, kami ingin memberi berita baik kepada kaki kaki torent malaysia. Nasib-nasib kita kini terbela!

Sebelum ini korang mesti ade dengar berita tentang hacker "Anonymous" akan menyerang page goverment malaysia...jangan pikir sangat pasal benda tu..tak best..ni lagi best..sorang programmer luar dah buat satu penghargaan pada kita, iaitu:


 james anderson telah membina satu pirate bay khas utk rakyat malaysia!  

yeaa! ( sorakan kaki-kaki torent malaysia! )

Kepada yang tak bape nak paham, ini bermaksud, skang dah ade page Pirate Bay yang khas untuk rakyat Malaysia..tak payah nak risau pasal kena block ke ape lagi dah..hepi?


Lagi satu..dah nama khas untuk malaysia kan, nama pun mesti kena khas jugak..bukan lagi Pirate Bay, tapi Malaysia Bay! cool!






"hm..dah lama tak da post pasal islamic kan?"




Tuesday, June 14, 2011

SKMM buat Hacker's mengamuk! sini ada software atasi masalah kena block!

Pergh..agak kelam kabut keadaan sekarang..ingat lagi entry kami yang yang SKMM nak sekat 10 web sharing? dan nampaknya hampir menjadi kenyataan..latest, pengguna Streamyx dah mula geram sambil hentak-hentak kepala kat meja bila Streamyx dah block Filesharing..yang paling latest, Pirates Bay! kesian deme..udah kempunan!

Yang bestnye pulak, SKMM dah buat para Hacker's keluar dari kepompom..dengan perasaan marah yang jitu dan membuak-buak, para Hacker's dah memulakan langkah! 


Team hacker RileksCrew, dah memulakan tunjuk perasaan..RilekCrew try nak attack website-website malaysia.. inilah padahnya, kenapa la goverment ni susah payah nak block-block website file sharing:

warez-bb
fileserve
filesonic
megaupload

dan banyak lagi..
pergh.. kompem ramai tak puas ati..
website-website ni la yang bagi sumber inspirasi kepade seluruh dunia.. 
dah tak ada dah kebebasan berintenet..
yang pelik bin ajaibnya..
porno tak pulak kena block?
ai SKMM..nak suruh kitorang tengok ke?
mana boleh..haram..


ni satu website yang telah diserang oleh para Rilekscrew, politeknik.gov.my
kalau korang nak join group penunjuk perasaan ni, korang boleh pergi link kat bawah ni..


satu lagi benda menarik!
15 jun adalah tarikh para hacker malaysia nak serang website www.malaysia.gov.my..
operasi yang diberi nama..

"OPERATION MALAYSIA"

Okeyh..untuk atasi masalah block-block ni, kami ada satu jalan boleh tolong..gunakan software UltraSurf..software ni portable, nak guna pun tak susah..tak yah nak install-install semua..korang guna ni, boleh la nak bukak semua yang kena block tu..nak cari benda ni, korang boleh pergi SINI..


done! jom kita tunggu dan lihat Operation Malaysia!!




"eh..hari ni la kan 15 Jun?"






Gambar Perodua Myvi Baru!!

Pengguna Myvi sekalian..bersedialah!

Myvi anda tidak akan dipandang lagi selepas ini..kerana Myvi baru yang akan keluar tak berapa lama lagi ni lebih mengancam dan mendebarkan sanubari! boleh cair gusi menengoknye..

Meh layan ni kalau kome tak pecaye!



Myvi 2011 3 Lagi gambar Perodua Myvi 2011 baharu

Myvi 2011 2 Lagi gambar Perodua Myvi 2011 baharu
ini memang style! 

Myvi 2011 1 Lagi gambar Perodua Myvi 2011 baharu

Perodua Myvi 2011 Lagi gambar Perodua Myvi 2011 baharu



ape beza dia? haa..itu je teman tak tahu..nak tahu lebih, kome tengok SINI..




"bang..muka tak penting kalau nak beli keta..yang penting hati!"




Sunday, June 12, 2011

hiburan semasa cikgu nak tanda kertas jawapan

Nice! kembali lagi..setelah beberapa hari berehat..haa..hari tu kan kitorang ada buat entry pasal hacker Indon hack page Oh Media Fm..dengan bangganya kitorang nak umumkan, team RileksCrew, hacker malaysia dah berjaya hack semula page tu dari mat Indon..dasyat dasyat..tabik spring kitorang bagi!

Okeyh! cerita pasal entry ni..

'Hiburan semasa guru menanda kertas!'

Kepada semua bakal-bakal guru, jom layan ni..mana tahu nanti kena jugak benda ni kan? boleh la nak standby..


Inilah orang kata, berfikir di luar kotak!

Buat ayat kesian..berjaya dapat 1 markah! haha


Ayat cikgu bagi memang style!


Inilah champion!

Barulah seronok jadi cikgu! kan?


Wednesday, June 8, 2011

Tak dapat dah la nak download-download lagi! Satu lagi projek Barisan Nasional!

Pergh..lama betul menyepi..King's busy sikit sekarang ni..kami baru balik dari Melaka, melawat sorang crew kami kerja kat Secret Recipe..hasilnya, dapat dua slice kek free..kami jugak baru balik tengok crew kami buat performance..artis baru nak naik..sapa nak buat tempahan performance boleh contact kami..ok ipan?

Now..berita sensasi yakni belum lagi basi! kami namakan ini :

"satu lagi projek dari Barisan Nasional"



Kepada yang tak bape nak paham, ini membawa maksud, kesemua web di atas akan di banned! maknanya, tak ada dah la sumber kita nak donlod-mendonlod pasni..

Kepada kaki-kaki download tu, pasni start la kumpul duit..nak cari movie ke, game ke, kena beli la pulak pasni..'tak dapek dah la nak donlod-donlod'..kesian jugak kat owh.baem tak boleh cari makan..kena buat blog lain la pulak..blog tutorial buat kuih! ok baim?

Lepas ni tenet Malaysia boleh bukak portal pendidikan je..yes!

Saturday, June 4, 2011

Bakat-bakat unik di sekeliling dunia!

haaa.. NEW UPDATE! yeah. Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini kasi lain skit.. 
Update kali ini, kita akan tunjukan kat reader-reader semua tentang bakat-bakat yang ade dari seluruh dunia.
Yang best nya, sume mereka-meraka ini hanya mambuat persembahan di tepi-tepi jalan sahaja.

Jangan anggap mereka-mereka yang membuat persembahan di tepi jalan adalah hanya dari golongan mengemis. Tidak sebenarnya! Mereka juga sebenarnya "artis"! atau lebih dikenali sebagai busker! 
Tugas mereka sama sahaja sebenarnya dengan artis-artis biasa, iaitu menghibur kan penonton dengan bakat yang mereka ada.. Hanya pentas mereka sahaja yang berbeza. Mereka menjadikan lorong-lorong jalan sebagai pentas mereka. Tapi, percayalah! mereka amat berbakat! 

1) 1 guitar + 8 tangan! 

2) 1 orang, pelbagai sound effect dan hasil nya = lagu yang menarik!

3) 1 orang +1 set baldi = drummer yang berbakat!

4) 1 orang + bebola cristal
*pergh! mmg nampak terapung bola cristal tu!! superb!

5)1 orang + set cawan


*p/s: Ramai artis popular lahirnya daripada pentas-pentas jalanan ini. Antaranya adalah artis pujaan korang semua iaitu JUSTIN BIEBER!!!!

Friday, June 3, 2011

Spot Penalty Kick Rooney dilelong hampir 150 ribu!

To The King's!

Orait..new update..malam ni jiwa kitorang ada jiwa sukan sikit..jadi entry ketiga malam ni pun unsur-unsur sukan jugak..tak pe la kan? esok-esok kasi lain pulak..yang penting, tunggu contest dari kami! hadiah masyuk..

Ape citer kali ni? cerita pelik dan tak munasabah..kalau korang baca ni, mesti last kata camni, "ada ke patut? tak patut tak patut"..kompem punya..citer ni kalau fan Man Utd suka la..walaupun kalah dengan barca 3-0 kan? haha..ini cerita pasal spot penalty kick Wayne Rooney..

Shrek!


Kisah dia macam ni, ada la sorang mamat ni bernama Eddie Maxwell..dia ni peminat Blackburn Rovers..disebabkan kepala otak geliga dia ni nak cari duit dana untuk support local footballer, dia dengan konpidennya telah angkut spot penalty kick Wayne Rooney tu untuk dilelong! yang dasyatnya, lelongan tu berjaya dan sekarang, dengan penuh teruja nya aku nak umumkan, bidaan untuk spot kick ni dah mencecah 150 RIBU!!


Rilek je angkut pakai penyodok tu..

Ada yang berasa sangsi dan berbelah bagi? jangan khuatir..anda boleh lawat ke SINI untuk kepastian..

Kompem la, sebab gol Rooney ni kira history..Man Utd dapat pecah history, 19 kali champion Premier League disebabkan oleh gol Rooney ni..itu le pasai deme ni semua berebut..


Padang Malaysia, lu nak korek tak da sapa nak marah punya..sebab memang da berlubang-lubang..tak da sapa perasan punya..kan?

Senarai transfer player terbaru untuk EPL next season!








Jap..tenang..sebenarnya, ni bukan perpindahan betul..tapi ni list player yang diundi di talkSPORT facebook page, player mana yang diorang harapkan main kat kelab-kelab kesayangan diorang musim depan..setelah di buat survey oleh follower-follower facebook talkSPORT, inilah keputusan dia..







Arsenal - Karim Benzema, Shay GivenChristopher SambaGary CahillScott Parker and Eden Hazard

Aston Villa James MilnerCharlie Adam, Scott Parker, Daniel Sturridge and Ben Foster

Blackburn - Miroslav Klose and Demba Ba

Bolton - Nicky Maynard

Chelsea - Neymar, Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, Sergio Aguero, Miralem Pjanic and Luka Modric

Everton - Matt Jarvis, Sebastian Larsson, Jay Bothroyd and Landon Donovan

Fulham - Sebastian Larsson, Shane Long, Gervinho and Jermain Defoe

Liverpool - Juan Manuel Mata, Charlie Adam, Gary Cahill, Ashley Young and Eden Hazard

Manchester City - Charlie Adam, Jermain Defoe and Gareth Bale

Manchester United - Gareth Bale, Wesley Sneijder, Luka Modric and Daniele De Rossi

Newcastle - Dimitar Berbatov, Demba Ba, Didier Drogba and Gervinho

Norwich - Jimmy Bullard

QPR - Kyle Walker

Stoke - Hugo Rodallega, Charles N'Zogbia

Swansea - Chris Burke, Matt Mills and Shane Long

Tottenham - Scott Parker, Didier Drogba, Gary Cahill, Shay Given and Sergio Aguero

West Brom - Demba Ba and Shay Given

West Ham - Joe Cole, Shane Long, Nikola Zigic and Peter Crouch

Celtic - Jay Bothroyd, Shay Given and Shane Long

Rangers- David Vaughn





Man United nak beli Gareth Bale dengan Sneijder? harapan la...baik beli Safee Sali!


Thursday, June 2, 2011

Lelaki paling kecik di dunia

Yezza! King's arrived!!

Baru 3 hari, respon agak baik..korang jangan risau..kitorang mesti kasi up lagi content-content dalam blog ni..macam-macam lagi kitorang nak tambah, tapi tak tertambah-tambah lagi..bagi masa sikit..pasni korang akan tengok blog ni jadi lebih variety..masyuk!

Hari ni hari Jumaat, hari yang mulia, Sayyidul Ayyam..bagi yang beragama Islam tu, kita sama-sama banyakkan selawat, zikir mengingati Allah..InsyaAllah, banyak keberkatannya..peringatan untuk diri sendiri jugak :)..

Dan sekarang, diumumkan, entry pilihan pagi ni adalah :

"PEMEGANG REKOD MANUSIA PALING KECIK"

Ya..untuk pengetahuan, dulu rekod ni dipegang oleh He Pingping, seorang lelaki warga China..tapi, He Pingping ini dah pun meninggal dunia..ini lah orangnya :

comel je kan?

Tapi sekarang, rekod telah bertukar tangan..pemegang rekod terbaru adalah seorang lelaki yang berasal dari Bogota, Columbia..berumur 24 tahun, ketinggian 27 inci ( 70cm ) dan berat 22 paun..insan istimewa ini diberi nama :

EDWARD NINO HERNANDEZ






breakdance tu bro..kau boleh?



Tahniah tahniah..Guiness World Records tu!
Settled! Pengumuman sikit..kitorang sedang merangka first contest..jadi, standby semua..hadiah masyuk!

Stay tuned!


Sinkhole paling dasyat di seluruh dunia!

Nice! Here we go again!

Entry sebelum ni kitorang ada tunjuk pasal Oh Media FM kena hack dengan Indon kan? kesian diorang..disebabkan tu jugak, ramai yang pergi wall FB hacker-hacker Malaysia macam RileksCrew, We Are Hacker From Malaysia, suruh diorang rampas balik..tadi RileksCrew kata nak try rampas balik..kita tengok la nanti macam mana..hacker mana yang dasyat..

Dah..lupakan itu semua..dunia semua tu..haha..entry kali ni..superb! entry kali ni atas individu, nak ambik yang positif boleh, tengok saja tak dapat apa-apa pun boleh..entry kali ini adalah collection gambar-gambar :

SINKHOLE!

Koleksi gambar-gambar dari seluruh dunia..tahap kedasyatan gambar-gambar ni best..cuba kita ambik hikmah dari setiap gambar-gambar ni..tak ada apa yang mustahil boleh terjadi..semuanya atas kehendak-Nya..tiada kuasa makhluk atas muka bumi ini dapat menandingi kekuasaan Allah..

Guatemala sinkhole
Sinkhole ni paling dasyat dalam semua gambar..subhanallah..


Sinkhole Nixa, MO


Workers inspect a sink hole caused by flooding at the Pacific Cove Mobile Home Park in Capitola, Calif., Friday, March 25, 2011.   A powerful storm swept across California flooding part of Capitola, i


Fire engine and sinkhole
da jadi macam pasir jerlus pulak..ni sebab ada pipe leaking, tanah jadi mendap

Highway sinkhole



Sink Hole Swallows Car In Chevy Chase, Maryland
yang ni pun sebab pipe leaking..


Milwaukee sinkhole
besar betul...


Hawaii sinkhole
pokok baru je tanam semalam..

"makhluk itu tiada kuasa..hanya Allah yang berkuasa..."

Wednesday, June 1, 2011

Gempar! Hacker Indonesia menyerang Oh Media fm!

Gempar! Macam dasyat sangat je kan bunyi dia? saja nak tambah unsur saspen sikit..tapi berita ni memang gempar pun..salah sorang crew kami dapat berita pasal ni, terus kami terjah nak tahu tahap kebenarannya..dan lepas siasat, dengan konpidennya kami umumkan :

PAGE OH! MEDIA FM KENA HACK DENGAN HACKER INDON!

klik untuk besarkan..

Bila dah kena hack tu, kompem-kompem la diorang kutuk Malaysia kaw-kaw..tak kan nak puji pulak kan? boleh tahan jugak tahap kaw post-post "hacker Garuda" ni..meh kitorang tunjuk sikit..

crew kami tak ada orang indon..jadi tak boleh nak translate..






Settled! tak nak cerita banyak sangat..kang "garuda" ni datang sini, susah pulak kan? kalau korang nak tengok lebih-lebih, boleh usha kat SINI..


"Bila rasa CINTA pada Allah itu benar-benar ada...."

Assalammualaikum..superb sekali lagi..baru hari kedua, da meriah da blog ni..macam ni la baru best..clan King kitorang punya konsep senang je, korang support kitorang, kitorang support korang..baru la "1 Rosmah"! kan?

Announcement sikit..kami agak berbangga, kerana blog kami dah dikunjungi dan difollow oleh sorang blogger otai, blogger lukis-lukis..makcik blogger ni sangat dasyat dia punya tahap kreatif..setiap entry die memang menarik..memang tak bosan kalau pergi..ni blog makcik ni, Shadawentz.com..tenkiu veli much!

Entry kali ni..kesedaran untuk kita semua..sebagai seorang Muslim, seharusnya kita ada rasa cinta pada pencipta kita, pemilik kita, Allah SWT..persoalannya, tahap mana rasa cinta kita pada Dia?

Cuba kita saksikan insan ini..dan kemudian kita nilai diri kita..




Kecacatan itu tidak dijadikan sebagai penghalang untuk beribadah kepada Allah..dari mana datangnya kekuatan itu? tentulah dari tingginya rasa kecintaan pada Islam, pada Pencipta..

Nilai diri kita...kalau baru sakit kaki, demam sikit dah tak nak solat..macam mana la agaknya tu..kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...