Showing posts with label kes unik. Show all posts
Showing posts with label kes unik. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Pertandingan Mengendong Isteri ( TAKDE KAT MALAYSIA!!)







Haaa, entry terbaru untuk hari ini..
mesti korang tertanya-tanya apakah pertandingan yang dimaksudkan tu kan??

JENG JENG JENG!!





Yaaa!! pertandingan mengendong isteri.. isteri2 pasti teruja bila join pertandingan ni, sebab mase ni la diorang boleh tau suami2 diorang ni setia ke tak?? (eh, ade kene mengena ke??).. okey, pertandingan yang berasal dari FINLAND! 


memerlukan dua orang peserta untuk setiap kumpulan. 
dimana seorang SUAMI dan seorang ISTERI. 




okey, syarat2 untuk seorang ISTERI tu mestilah isteri SENDIRI, atau isteri JIRAN, atau isteri yang ada darah daging dengan diorang. macam isteri kepada adik camtu la...
(kalau ade isteri jiran yang cun memang aku ajak laa...)



Dan yang paling best syarat2 tambahan die adelah berat isteri mesti TIDAK KURANG DARI 50KG dan berumur 17 tahun keatas!!
perghhhhh!!! takley nak mengelat la macam ni.. engat kalau dapat bini yang slim2 boleh la bawak masuk ye tak.. tu takpe lagi. dapat yg badan macam BULLDOZER tu tak ke masak?? HAHAHA!!



Nice..sini ade sikit gambar dari crew kami yang pergi Finland untuk buat liputan khas pasal aktiviti ni..mesti kagum kan?




wajah2 suami mithali



hobin jang hobin!!

bang cepat bang, kite lead nih!!!


ai bang, sampai terbalik nombor.? haha




perghh.. bacin!!


ini memang champion!



Crew kami bukan ambik gambar je, siap rakam video lagi..








p/s: game2 macam ni yang buat suami dan isteri semakin intim, dan kadar penceraian sangat rendah di FINLAND!





"tapi janganlah buat kat Malaysia..tak elok dipandang..kita kan orang Islam :)"





Sunday, June 12, 2011

hiburan semasa cikgu nak tanda kertas jawapan

Nice! kembali lagi..setelah beberapa hari berehat..haa..hari tu kan kitorang ada buat entry pasal hacker Indon hack page Oh Media Fm..dengan bangganya kitorang nak umumkan, team RileksCrew, hacker malaysia dah berjaya hack semula page tu dari mat Indon..dasyat dasyat..tabik spring kitorang bagi!

Okeyh! cerita pasal entry ni..

'Hiburan semasa guru menanda kertas!'

Kepada semua bakal-bakal guru, jom layan ni..mana tahu nanti kena jugak benda ni kan? boleh la nak standby..


Inilah orang kata, berfikir di luar kotak!

Buat ayat kesian..berjaya dapat 1 markah! haha


Ayat cikgu bagi memang style!


Inilah champion!

Barulah seronok jadi cikgu! kan?


Thursday, June 2, 2011

Lelaki paling kecik di dunia

Yezza! King's arrived!!

Baru 3 hari, respon agak baik..korang jangan risau..kitorang mesti kasi up lagi content-content dalam blog ni..macam-macam lagi kitorang nak tambah, tapi tak tertambah-tambah lagi..bagi masa sikit..pasni korang akan tengok blog ni jadi lebih variety..masyuk!

Hari ni hari Jumaat, hari yang mulia, Sayyidul Ayyam..bagi yang beragama Islam tu, kita sama-sama banyakkan selawat, zikir mengingati Allah..InsyaAllah, banyak keberkatannya..peringatan untuk diri sendiri jugak :)..

Dan sekarang, diumumkan, entry pilihan pagi ni adalah :

"PEMEGANG REKOD MANUSIA PALING KECIK"

Ya..untuk pengetahuan, dulu rekod ni dipegang oleh He Pingping, seorang lelaki warga China..tapi, He Pingping ini dah pun meninggal dunia..ini lah orangnya :

comel je kan?

Tapi sekarang, rekod telah bertukar tangan..pemegang rekod terbaru adalah seorang lelaki yang berasal dari Bogota, Columbia..berumur 24 tahun, ketinggian 27 inci ( 70cm ) dan berat 22 paun..insan istimewa ini diberi nama :

EDWARD NINO HERNANDEZ






breakdance tu bro..kau boleh?



Tahniah tahniah..Guiness World Records tu!
Settled! Pengumuman sikit..kitorang sedang merangka first contest..jadi, standby semua..hadiah masyuk!

Stay tuned!


Sinkhole paling dasyat di seluruh dunia!

Nice! Here we go again!

Entry sebelum ni kitorang ada tunjuk pasal Oh Media FM kena hack dengan Indon kan? kesian diorang..disebabkan tu jugak, ramai yang pergi wall FB hacker-hacker Malaysia macam RileksCrew, We Are Hacker From Malaysia, suruh diorang rampas balik..tadi RileksCrew kata nak try rampas balik..kita tengok la nanti macam mana..hacker mana yang dasyat..

Dah..lupakan itu semua..dunia semua tu..haha..entry kali ni..superb! entry kali ni atas individu, nak ambik yang positif boleh, tengok saja tak dapat apa-apa pun boleh..entry kali ini adalah collection gambar-gambar :

SINKHOLE!

Koleksi gambar-gambar dari seluruh dunia..tahap kedasyatan gambar-gambar ni best..cuba kita ambik hikmah dari setiap gambar-gambar ni..tak ada apa yang mustahil boleh terjadi..semuanya atas kehendak-Nya..tiada kuasa makhluk atas muka bumi ini dapat menandingi kekuasaan Allah..

Guatemala sinkhole
Sinkhole ni paling dasyat dalam semua gambar..subhanallah..


Sinkhole Nixa, MO


Workers inspect a sink hole caused by flooding at the Pacific Cove Mobile Home Park in Capitola, Calif., Friday, March 25, 2011.   A powerful storm swept across California flooding part of Capitola, i


Fire engine and sinkhole
da jadi macam pasir jerlus pulak..ni sebab ada pipe leaking, tanah jadi mendap

Highway sinkhole



Sink Hole Swallows Car In Chevy Chase, Maryland
yang ni pun sebab pipe leaking..


Milwaukee sinkhole
besar betul...


Hawaii sinkhole
pokok baru je tanam semalam..

"makhluk itu tiada kuasa..hanya Allah yang berkuasa..."

Tuesday, May 31, 2011

"gigit hidung sendiri..nak try?"

Superb! Kami mulakan blog ni dengan ringan-ringan dulu..kasi berat-berat terus nanti korang paksa kitorang update hari-hari pulak..susah pulak kalau macam tu kan? haha..

Setiap manusia ada dia punya kedasyatan yang tersendiri..kompem korang pun ade benda yang korang bangga dengan diri korang sebab korang mampu buat benda tu..kalau boleh nak citer kat semua orang la korang boleh buat benda tu..kompem la, dah dasyat kan?

Tapi pakcik sorang ni, dia punya dasyat memang lain macam! memang telah menangkap respek kami la..tu sebab bagi penghormatan kat pakcik ni jadi 1st story kitorang..

Tak nak cakap banyak, meh tengok apa yang dasyat sangat pakcik ni..


muka hensem lagi ni..


da start tak bape nak hensem..


tahap tak hensem da kronik..


Tepukan gemuruh untuk pakcik ni! kerana beliau telah pun berjaya menggigit hidungnya sendiri! perghh..tengok betapa susah payahnya pakcik ni usaha..sapa yang kata senang tu? meh try sekali..mau tercabut terus tengkorak kepala tu..

tengok 3 kali cuak..tengok kali keempat, comel pulak pakcik ni..kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...